Anda di sini: Nasional > Selepas Aidilfitri paling sesuai - Mahathir

Selepas Aidilfitri paling sesuai - Mahathir

Share

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh selepas sambutan Aidilfitri pada Ogos dilihat sebagai antara waktu terbaik mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,  beliau berkata demikian ketika ditanya bila waktu terbaik PRU13 diadakan jika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri.


“Kita perlu ambil masa untuk fikir (tarikh sesuai), saya bukan Perdana Menteri, kita ada (masa) sehingga 2013. Kalau saya Perdana Menteri, saya fikir lepas raya (Aidilfitri),” katanya dalam sidang media majlis pelantikan beliau sebagai Ikon Membaca Kebangsaan di Perpustakaan Negara, di sini, semalam.

Ketika ditanya keadaan ekonomi yang dijangka mungkin perlahan selepas Aidilfitri boleh mempengaruhi PRU13, Dr Mahathir berkata, dalam sesetengah keadaan risiko perlu diambil.

“Semua bergantung tahap risiko dan kita perlu mengambil risiko, kalau lebih baik tunggu, kita tunggu, kalau tidak, teruskan,” katanya.

Beliau turut yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu mencapai keputusan lebih baik pada pilihan raya kali ini berbanding 2008.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook