Sabtu, 25 Oktober 2014

Kemaskini Terakhir11:54:48 PM EST

Anda di sini: Nasional > Diploma Vokasional selepas PMR

Diploma Vokasional selepas PMR

Share

NILAI - Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpeluang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 kolej vokasional seluruh negara.


“Sebagai permulaan sebanyak 15 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dijadikan program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu,” kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, sebanyak 63 lagi SMV termasuk yang dalam pembinaan pada masa ini akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2015.

"Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej vokasional akan memperoleh DVM yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia dan pendaftaran pelajar bagi aliran ini sejak awal tahun ini adalah 107 peratus daripada kapisiti sepatutnya. Ini menunjukkan permintaan adalah tinggi,” katanya.

Mohd Puad berkata, beberapa kursus sudah ditambah untuk memenuhi keperluan semasa, antaranya kursus penerbangan.

“Pihak kami juga sedang menimbang untuk mempelbagaikan lagi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kolej vokasional. Kurikulum vokasional juga akan dirombak secara komprehensif supaya ia mencapai standard bagi memenuhi pasaran semasa pekerjaan seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara seperti Finland.”

Menurut beliau lagi, pasaran kini semakin memerlukan lebih ramai pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja. Di kolej vokasional, sebanyak 70 peratus pembelajaran adalah berasaskan kemahiran dan 30 peratus akademik.

Mohd Puad berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis perasmian Karnival dan Ekspo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini, semalam.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook