Sabtu, 25 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Peluang mengundi kepada tiga juta rakyat lagi

Peluang mengundi kepada tiga juta rakyat lagi

Share

PUTRAJAYA – Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini, andai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.


“Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Menurutnya, bulan ini adalah bulan terakhir suku tahun 2/ 2012. Selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu.

“Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan,” katanya di sini.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook