Jumaat, 24 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Najib ucap tahniah kepada Mursi

Najib ucap tahniah kepada Mursi

Share

najib KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar perutusan tahniah kepada Mohamed Mursi sempena majlis angkat sumpah sebagai Presiden baru Mesir.


“Perdana Menteri menerusi perutusan itu melahirkan keyakinan bahawa proses transformasi ke arah demokrasi di Mesir akan membawa satu perubahan yang besar di bawah kepemimpinan Mursi,” ujar Kementerian Luar Negeri.

Menurut kenyataan itu, Najib juga optimis bahawa dengan kepimpinan Mursi yang dinamik, Mesir akan terus memainkan peranan penting di arena antarabangsa demi kebaikan ummah dan manusia sejagat.

“Najib turut melahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama rapat dengan Mursi bagi meneroka bidang baru yang berpotensi, di samping mengukuhkan hubungan erat yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Mesir.”

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook