Anda di sini: Nasional > Suhakam akan lawat KemTa

Suhakam akan lawat KemTa

Share

suhakamKUALA LUMPUR – Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) semalam menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membebaskan segera 45 tahanan yang ditahan di bawah undang-undang keselamatan. Memorandum tersebut diserahkan oleh Sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah.


“Kami akan melawat tahanan ISA yang mengadakan mogok lapar di  Kem Tahanan Kamunting dan lawatan yang akan dilakukan pada masa terdekat itu juga akan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan terhadap tahanan berkenaan,” kata Sha'ani ekoran pengaduan GMI berkaitan mogok lapar yang dijalankan tahanan yang kini masuk hari ke-12.

Beliau berkata Suhakam akan melakukan lawatan secepat mungkin dan akan cuba membawa doktor untuk membuat pemeriksaan terhadap tahanan serta membuat satu laporan kesihatan yang bebas tentang kesihatan tahanan pada masa ini.

Memorandum tersebut antara lainnya mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap pegawai yang didakwa telah memukul tahanan yang mengadakan mogok lapar tersebut.

Sementara itu Syukri berkata, GMI mendesak agar KDN memberi jaminan bahawa tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan tindakan seperti itu.

Beliau yang menyerahkan memorandum itu berkata, tahanan yang mendakwa dipukul itu (Fadzullah Razak dan Razali Kassan) kini diasingkan daripada tahanan lain.

“Kami menuntut Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak Kem Tahanan Kamunting (KemTa).

Selain itu, beliau meminta agar pihak Suhakam berunding dengan KDN dan segera mengadakan resolusi sebelum keadaan bertambah buruk.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook