Sabtu, 25 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > RON97 turun harga

RON97 turun harga

Share

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa hari ini.


“Keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun,” demikian kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya semalam

Berikutan itu, katanya kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.

“Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran,” jelasnya

Pada 6 Jun lepas, harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook