Jumaat, 24 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet

Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet

Share

lge-csl

KUALA LUMPUR - Biro publisiti Malaysian Chinese Association (MCA) akan memastikan debat dalam Bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA.


“Anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web berkenaan www.mca.org.my dan http://www.ustream.tv/channel/mca-tv1,” demikian kata wakil MCA dalam satu MCA dalam dalam kenyataan hari ini.

Debat  anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad, 8 Julai 2012, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Debat kali ini diberi tajuk  "DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?" (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara?).

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook