Khamis, 20 Jun 2013

Kemaskini Terakhir02:24:32 PM EST

Anda di sini: Nasional > Jangan pertikai dakwat kekal - SPR

Jangan pertikai dakwat kekal - SPR

Share

PUTRAJAYA - Semua pihak diminta supaya tidak lagi mempertikaikan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


“Dakwat kekal itu sudah terbukti selamat digunakan dan diluluskan Majlis Fatwa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ia halal, tidak menyekat umat Islam mengambil wuduk dan tidak memudaratkan kesihatan.

“Jadi tidak ada sebab bagi mana-mana pihak untuk mempertikaikan penggunaan dakwat ini,” katanya ketika sesi demonstrasi proses pengundian dan susun atur bilik mengundi di sini.

Menurutnya, pengundi tiada pilihan lain selain diwajibkan untuk mencalitkan dakwat kekal di atas jari telunjuk tangan kiri mereka.

“Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tujuh syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya yang akan dilaksanakan pada PRU-13, maka semua pengundi harus guna kaedah ini. Ia mandatori,” tegasnya.

dakwat kekalSehubungan itu, kata Aziz, kaedah tersebut diharap dapat menghapuskan persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi lebih daripada sekali.

“Kita cadangkan penggunaan sistem biometrik sebelum ini tetapi ada pihak mempertikaikannya, jadi kita setuju menggunakan dakwat kekal bagi meningkatkan keyakinan rakyat selaku pengundi terhadap ketelusan proses pengundian di negara ini.”

Aziz berkata, dua jenis dakwat berbeza akan digunakan bagi kategori undi awal untuk anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing serta undi biasa.

“Dakwat yang digunakan untuk undi awal mungkin akan kekal lebih lama. Warna-warna untuk setiap kategori undi adalah unik dan tidak berlaku undi sebanyak dua kali. Ia juga menyenangkan semua pihak,” jelasnya.

Pada pilihan raya umum akan datang, SPR turut melakukan beberapa pembaharuan termasuk membenarkan mana-mana orang yang dipercayai pengundi bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) menemani mereka mengundi, memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media dan mengubah kedudukan ejen calon dalam saluran tempat mengundi.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook