Sabtu, 25 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > 1Malaysia bukan retorik politik

1Malaysia bukan retorik politik

Share

najib 1malaysia

HULU LANGAt - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu gagasan 1Malaysia tinggal sebagai slogan atau retorik politik semata-mata, sebaliknya mahu ia diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dikecapi dan dinikmati oleh rakyat.

“Dalam merealisasikan usaha itu, lebih banyak perkhidmatan dan produk bersandarkan 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringan beban kehidupan yang dihadapi rakyat pada masa kini,” katanya.

Menurutnya, apabila diperkenalkan perkhidmatan dan produk 1Malaysia, senarainya tiada 'noktah' cuma ada 'koma', tiada akhir.

“Namun, kita tidak sewenang-wenangnya membenarkan 'branding' 1Malaysia ini digunakan kerana ramai yang memohon, ada yang saya setuju, ada saya tidak setuju.”

Apa yang penting kata beliau ialah, perkhidmatan dan produk 1Malaysia mampu membantu rakyat.

“Terdapat tiga kriteria dalam membenarkan nama 1Malaysia digunakan terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk iaitu:

Pertama, perkhidmatan atau produk itu mesti untuk rakyat, kedua kualiti mesti lebih baik dan kita tidak berkompromi terhadap mana-mana perkhidmatan atau produk yang tidak baik dan ketiganya, produk dan perkhidmatan itu mesti lebih murah daripada harga pasaran. Jika ketiga-tiga ini dipenuhi, barulah kita benarkan (guna nama 1Malaysia),” jelasnya.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook