Isnin, 27 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:29:00 PM EST

Anda di sini: Nasional > Perkhidmatan komuter ditambah sempena Ramadan

Perkhidmatan komuter ditambah sempena Ramadan

Share

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah kekerapan perkhidmatan KTM Komuter sempena Ramadan ini bagi membolehkan umat Islam pulang berbuka puasa.


“KTMB hari ini memberitahu pertambahan perkhidmatan KTM bagi laluan Batu Caves-Klang akan berlepas dari stesen Batu Caves pada 3.15 petang manakala dari Stesen Klang berlepas pada 4.10 petang,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi laluan Bangi-Sungai Buloh pula, tren berlepas dari stesen Bangi pada 3.48 petang dan dari stesen Sungai Buloh pada 3.46 petang.

“Manakala bagi laluan Rawang-Tanjung Malim, KTMB akan menyingkatkan kekerapan tren dari 60 minit ke 40 minit dengan tren berlepas dari stesen Rawang pada 6.10 pagi dan dari stesen Tanjung Malim pula berlepas pada 7.15 pagi.”

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862

Pertambahan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 15 minit pada waktu puncak sebelah petang dari Isnin hingga Jumaat bagi laluan Batu Caves-Klang dan Bangi-Sungai Buloh.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook