Anda di sini: Nasional > Tunjukkan persaudaraan dan kasih sayang sempena Ramadan

Tunjukkan persaudaraan dan kasih sayang sempena Ramadan

Share

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesempatan Ramadhan ini perlu digunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan persaudaraan dan kasih sayang kepada umat Islam yang sedang ditindas di seluruh dunia.


“Saya menyeru kepada umat Islam negara ini memperbanyak doa kepada Allah Subhanahu wa Taala agar saudara seagama di beberapa negara seperti Palestin, Syria dan Myanmar dikeluarkan daripada kezaliman dan kesempitan serta diberi kemenangan oleh Allah.”

Beliau berkata, sudah terlalu banyak darah umat Islam ditumpahkan oleh manusia yang zalim.

“PAS mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan kita selayaknya bersyukur kepada Allah yang menemukan kita dengan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,” demikian ujarnya dalam perutusan Ramadan 1433H.

Sehubungan dengan itu, Abdul Hadi berkata, telah  menjadi kewajipan kepada umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan untuk mendidik dan melatih diri beribadat secara tekun dan istiqamah serta taat kepada Allah.

“Allah menurunkan al-Quran pada bulan ini sebagai petunjuk kepada seluruh manusia bagi memberi kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat sebagaimana kehendak manusia.”

Oleh itu katanya, selain meningkatkan ketakwaan kepada Allah memberi makna meningkatkan kebaikan untuk diri dan ummah dalam semua segi.

“Dalam masa yang sama, terdapat saudara se-Islam kita di seluruh dunia yang menyambut bulan Ramadhan ini dengan situasi berbeza sama ada situasi perang, bencana atau pergolakan seperti di Palestin, Syria dan Myanmar.”

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook