GOMBAK – Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma’ruf Club (MC) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 Julai lalu telah menganjurkan “Urgent Meeting: We Are Brother” bagi menetapkan suatu pendirian dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan serta rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di Syria, Myanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lainnya.
“Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan, kezaliman dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.”
Sehubungan dengan itu, mereka menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya:
1. Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.
2. Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah pada bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.
Pertemuan yang diadakan di Kulliyah of Education UIAM tersebut juga telah mencapai resolusi bersama iaitu komitmen untuk:
1. Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
2. Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.
4. Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, jam 2.00 petang di Masjid UIAM Gombak.
Forum tersebut amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan agenda yang telah digariskan.
“Urgent Meeting: We Are Brother” diadakan di Kulliyah of Education UIAM pada 18 Julai 2012 atas kesedaran dan kewajipan di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin.
Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh:
- Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
- Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
- Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
- Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
- Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
- Qutub Shah, Myanmar
- Muhammad Sayed, Myanmar
- Hassan AbuOmar, Palestin
- Ummi Kalsom, Vietnam
- Muhammad Andi Piadani, Indonesia
- Tami Astie Ulhiza, Indonesia
- Yan Mary, Kemboja



