Ahad, 26 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > MAPIM dan SHURA kutuk Bangladesh

MAPIM dan SHURA kutuk Bangladesh

Share

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) mengutuk sikap Bangladesh yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh rejim Myanmar.


“Kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina semalam mengatakan negaranya tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam,” tegas Setiausaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, pendirian yang diambil oleh PM Bangladesh dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

“Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan darurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh,” tegasnya.

Dalam pada itu, keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar .

“Laporan yang diterima menunjukkan keganasan ke atas Muslim Rohingya masih berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.”

Menurut Azmi, nyawa kanak-kanak dan kaum wanita, berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira usia dab berlaku secara sangat ganas dan brutal.

“Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas selain memberikan tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan sema ada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan,” serunya.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook