Sabtu, 25 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > 60,000 pantau harga barangan kawalan

60,000 pantau harga barangan kawalan

Share

ismail sabriKUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna (SRP) di seluruh negara tahun ini bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengguna khususnya anggota SRP di seluruh negara perlu memantau dan melaporkan sebarang kenaikan harga terutamanya melibatkan barangan kawalan.

“Menjelang musim perayaan, peniaga seharusnya lebih bertimbang rasa dan bekerjasama dengan pengguna bagi kepentingan serta kebaikan bersama,” kata Ismail.

Jelasnya lagi, tiada sebab harga barang perlu dinaikkan dan pengguna juga boleh menggunakan kuasa mereka memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang).

Skuad berkenaan yang terdiri daripada orang awam termasuk pelajar, penghulu dan ketua kampung akan bertindak sebagai pemantau harga barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urus niaga serta perkara berkaitan kepenggunaan.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook