Khamis, 23 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:29:59 PM EST

Anda di sini: Nasional > Perlu tindakan tegas terhadap paderi gay

Perlu tindakan tegas terhadap paderi gay

Share

MELAKA - Ketua Menteri Negeri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu tindakan berani dan tegas diambil terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dilaporkan mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.

“Perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada negara dan agama Islam malah terhadap agama lain yang menentang perkahwinan sejenis,” demikian kata Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Beliau berkata, nampaknya mereka mencabar undang-undang dan nilai hidup negara ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

“Jadi saya berharap kerajaan membawa perkara ini ke muka keadilan,” tegasnya selepas melancarkan majlis pecah tanah Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Parcel Dua (pakej dua) di Taman Rumpun Bahagia.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ong Siew Heng. Mohd Ali turut menyeru rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik agar bersatu mengecam perbuatan yang hina dan memalukan itu.

Sementara itu, Mohd Ali berkata projek pengindahan Sungai Melaka pakej dua kira-kira 1.3 kilometer dari Jambatan Tun Razak hingga ke Jambatan Melaka Sentral yang membabitkan kos berjumlah RM37 juta itu telah bermula pada 4 Jun lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Jun 2014.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook