Khamis, 23 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Rohingya: Gamis anjur himpunan Jumaat ini

Rohingya: Gamis anjur himpunan Jumaat ini

Share

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan krisis yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia Islam (Gamis) mengambil langkah proakif dan responsif terhadap isu ini dengan menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya Jumaat ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula jam 8.30 malam.

Menurut Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden, objektif himpunan tersebut adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya dan memperkukuhkan solidariti dari pelbagai pihak sama ada akademik, politik, aktivis dan sebagainya.

Himpunan ini akan menampilkan wakil dari kesatuan masyarakat Islam Rohingya, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Majlis PerundinganPertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman Yusoff, Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab), YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, wakil dari UMNO, wakil mahasiswa dan ramai lagi.

GAMIS turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama dalam himpunan ini.

Jelas Akram, isu Rohingya bukan sekadar isu umat Islam tapi melibatkan sensitiviti semua masyarakat atas nilai menuntut keadilan dan membasmi kezaliman.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook