Rabu, 22 Mei 2013

Kemaskini Terakhir10:46:13 AM EST

Anda di sini: Nasional > Merdeka: 26 NGO sertai 'Janji Bersih'

Merdeka: 26 NGO sertai 'Janji Bersih'

Share

KUALA LUMPUR - Program 'Janji Bersih' bagi menghitung detik kemerdekaan negara, 30 Ogos ini, akan dianjurkan oleh Gabungan 26 NGO di Dataran Merdeka.

“Untuk meraikan kemerdekaan ini, kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka,” kata A. Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Selain itu katanya, mereka telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, dan mereka tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan kemerdekaan negara ke-55.

“Kami menyeru semua pihak yang hadir pada malam itu berpakaian warna kuning - warna rasmi Bersih 2.0, selain turut mengadakan perhimpunan pada masa dan malam yang sama di lokasi masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu,  selain menolak untuk mengemukakan permit bagi tujuan himpunan itu, 'Janji Bersih' juga bukan merupakan satu himpunan demonstrasi, sebaliknya satu himpunan biasa untuk 'countdown' hari merdeka.

“Pihak kami tidak melihat adanya keperluan untuk memohon permit polis bagi tujuan 'countdown' hari merdeka kerana ia satu program biasa di negara ini,” kata Pengerusi Empower, Maria Chin Abdullah.

Tegasnya lagi, mereka bukanlah cuba untuk 'hijack' program kerajaan, tetapi hanya cuba untuk mengambil kembali hak rakyat untuk menyambut kemerdekaan.

Ketika ditanya sekiranya terdapat 'larangan' dari pihak berkuasa untuk badan itu mengadakan 'countdown' tersebut, badan itu berkata phaknya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana Dataran Merdeka merupakan lokasi awal pengisytiharan kemerdekaan negara.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook