KUALA LUMPUR – Pada 17 Ogos ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul secara langsung di YouTube dalam sesi Google Hangout "Borak Bersama Anwar" pada jam 10.30 malam.
“Saya sangat teruja untuk tampil dan bertemu rakyat di Internet yang disifatkan sebagai medan pencetus kebebasan bersuara, untuk memberitahu apa yang penting untuk rakyat,” demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya.
Menurutnya, dalam sesi itu, rakyat Malaysia boleh berinteraksi secara langsung dengan Anwar untuk bertanya apa sahaja yang ingin diketahui dari beliau.
“Anda ada soalan boleh bertanya terus dan pasukan saya serta pekerja sukarelawan akan bekerja keras untuk melayan setiap soalan dan pertanyaan mendahului sehingga acara ini dan termasuk sebahagian daripada mereka yang bertanya soalan untuk sesi LIVE,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa bangga bahawa dirinya pemimpin politik Malaysia yang pertama menggunakan Google Hangout.
“Anda boleh memantau perkembangan tersebut di laman peminat Facebook saya (https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan),” beritahunya.
Selain Facebook, rakyat juga boleh menyertai sesi ini ini di Twitter, dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar.
“Sesi tersebut akan berlangsung selama sejam termasuk mereka yang dijemput untuk menyertai sebagai panelis video secara langsung.”
Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, ambillah peluang ini dengan bertanyakan soalan kepadanya.
“Sebaik-baiknya soalan video di YouTube, dan hashtag #BorakAnwar dan berkongsi pautan pada laman peminat Facebook saya atau Google Plus saya,” katanya sambil mengharapkan ianya menjadi peristiwa yang bersejarah oleh rakyat Malaysia.



