Anda di sini: Nasional > Bajet 2013: Kawal harga rumah terlalu tinggi

Bajet 2013: Kawal harga rumah terlalu tinggi

Share

KUALA LUMPUR - Cadangan utama yang dikemukakan rakyat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2013 ialah, saranan supaya kerajaan mengawal harga rumah yang terlalu tinggi.

Selain itu, cadangan yang banyak dikemukakan ialah memberi pelepasan cukai tambahan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Dua cadangan itu merangkumi 50 peratus daripada 2,990 cadangan yang dihantar oleh 2,693 orang dalam laman web Datuk Seri Najib Razak, www.1malaysia.com.my sejak 16 hingga 29 Julai lalu dan dua cadangan berkenaan meraih 30,000 sokongan daripada keseluruhan 41,879 undi orang ramai sepanjang tempoh perbincangan mengenai bajet itu dibuka.

Berikutan itu, sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan amat drastik dan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal.

Keluhan sama turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif skim perumahan yang ditawarkan kerajaan.

Dalam konteks ini, ramai meminta kerajaan mengekang aktiviti spekulator mengaut keuntungan besar, terutama pihak yang membeli semata-mata untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi serta memperketatkan dasar pemilikan rumah dan hartanah oleh warga asing.

Antara cadangan lain yang mendapat undi sokongan tertinggi ialah:

  • Saya berharap kerajaan melakukan suatu mengenai kenaikan tinggi harga rumah yang mendadak bagi rakyat biasa… ramai yang terlalu sukar memiliki rumah sekarang.
  • Pantau pemaju perumahan. Rumah menjadi terlalu mahal. Enam tahun kebelakangan ini harga meningkat hampir 70 hingga 80 peratus dan berkualiti rendah. Terlalu banyak keretakan dalam tahun pertama mendudukinya. Perlu ada jawatankuasa untuk memantau.
  • Minta Datuk Seri ambil berat mengenai harga rumah yang semakin tidak masuk akal. Langkah itu mungkin membantutkan industri perumahan dan hartanah, tetapi kita harus ambil kira keperluan rakyat. Rumah adalah satu keperluan hidup.
  • Dari segi pelepasan cukai, ramai mencadangkan kerajaan memberi potongan lebih besar untuk individu tanggungan, anak di bawah umur 18 tahun, ibu bapa, perubatan, penyakit kritikal, insurans dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebahagian besar mereka berpendapat kadar pelepasan cukai individu tanggungan sebanyak RM9,000 ketika ini tidak memadai, sebaliknya ada yang menyarankan ia ditingkatkan sehingga RM18,000.

Comments  

 
0 #9 uddin 2012-09-30 15:52
Sy sokong Kenaikan harga rumah diluar kawasan bandar utama pun mahal, contohnya di terengganu rumah yang paling mahal adalah di kawasan kemaman (industri minyak) termasuklah harga barang keperluan yang tidak praktikal (lebih mahal dr harga di kuala lumpur). Dimanalah pihak-pihak yang berkenaan (kpdnkk, kerajaan negeri, PBT dll) tidak ambil peduli nasib rakyat.
Quote
 
 
+1 #8 SUE 2012-09-30 10:52
harga rumah di terengganu sangat tidak munasabah..rumah sesebuah setinggkat menjangkau 500k..macam mana tak de kawalan harga ke? ke pakat main letak aje harga rumah ni..ada setengah tu kalau you all tengok kat mudah.com ada mencecah jutaan ringgit..kami golongan bawahan n golongan sederhana ni pakat dok menyewa ler sampai ke tua..yang kaya bertambah kaya..kami yang susah ni cam tu ler...
Quote
 
 
-3 #7 suhaimi 2012-09-29 00:35
Bagaimana pula dgn bajet untuk rumah terbengkalai ,pe kesudahannya .......xde bajet ke? yg nama dh bankrap tggu mau gantung diri Je..ermmmm .......
Quote
 
 
+2 #6 hafiz hanafi 2012-09-28 20:18
too much pampered.... beli PRIMA saja sudah ...
Quote
 
 
+4 #5 AiMiLL 2012-09-28 19:43
yeee...mmg betul!!! harga rumah mmg melampau2 skg...sy sndiri dok plan...plan...abeh kt plan je lah nk beli umah nih! nak nak lak skg...org luar ramai benar dah beli rumah kt tanah melayu ni...melayu sndiri lak yg menyewa dr org luar ni...ade ke patut...? naikkan jugak la pinjaman perumahan kakitangan gomen...n panjang kn jugak tempoh bayaran balik pinjaman...blh la kami ni beli rumah yg selesa skt...memandangkan skg kes pecah rumah, pecah kete, pecah kaca pecah gelas (eh?? ;p ) pon hebat jugak...rumah skg pon kena guarded-guarded bagai...org2 kaye je la yg dok kt tgh2 town...dh la dt bekepok...umah pon dekat...yg gaji kecik ni...dh la gaji kecik...umah dok jauh bagai...dt petrol,dt tol,tenaga nk keje,risiko lg pegi gelap balik pon gelap......mcm2 arhhh...apesal la harga rumah melampau2 sgt2...umah cuma 650sq je kot...harga sampai 250k...xrase mcm nk...ermmm...haisshhh...ntah la.....ehehehee... ;p emo lak... ;p mmg emo pon! nk beli umah yg aku suke xmmpu...(T_T)
Quote
 
 
+2 #4 FAUZI BIN AHMAD 2012-09-28 08:13
Dalam bajet 2013 kerajaan jangan biar pembekal dan pemaju kuasai industri binaan kita. Kalau kerajaan ikut rentak mereka, masalah kos rumah dan projek lain akan meningkat. Keperluan rumah bagi rakyat bandar dan luar bandar amat mendesak.
Quote
 
 
+3 #3 siti 2012-09-26 15:07
bukan di terengganu dan kelantan tapi di Perlispun sama jugak..saya terkejut dengan kenaikan harga rumah disini kerana rumah bersaiz kecil tetapi harga hingga RM250K..tak masuk akal langsung..harap pihak kerajaan tolong pantau masalah ini..kerana gaji kakitangan kerajaan bukannya banyak sangat kalau nak beli rumah dengan harga sebegitu
Quote
 
 
+1 #2 adel 2012-09-14 14:59
harga rumah terengganu lagi tidak masuk akal, harga rumah lebih mahal dari lembah kelang.. keluasan sama, harga sama tapi pinggir bandar kuala terengganu.. ingat pinggir bandar kuala terengganu sama dgn pinggir lenbah kelang ke.. cekik darah punya penaju..
Quote
 
 
+1 #1 abdullah 2012-09-12 23:31
kenaikan harga rumah bukan sahaja di bandar2 besar malah di kelantan juga turut sama terkena tempias kenaikan harga rumah yang drastik.. harap pihak kerajaan membuat pemantauan yang ketat terhadap kenaikan harga rumah yg tidak munasabah di kelantan.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook