Ahad, 26 Mei 2013

Kemaskini Terakhir04:25:34 PM EST

Anda di sini: Nasional > Jangan politikkan nasib tahanan ISA - GMI

Jangan politikkan nasib tahanan ISA - GMI

Share

KUALA LUMPUR — Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri-ISA (GMI) hari ini tidak mahu nasib tahanan ISA dipolitikkan semata-mata mahu meraih undi.

“GMI mengalu-alukan pembebasan 12 orang tahanan ISA yang diumumkan Menteri Dalam Negeri pada 17 Ogos yang lalu, sambil menyebut GMI percaya ini adalah hasil daripada perjuangan berterusan GMI dan rakyat Malaysia dan turut disokong oleh tindakan nekad tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar,” kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, dalam satu kenyataannya.

Menurutnya, sehingga ke hari ini, 30 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Antara yang ditahan ialah 12 warga tempatan, tiga dari Indonesia, enam dari Sri Lanka, seorang dari Pakistan, dua dari India, seorang dari Bangladesh, dua Iraq dan tiga dari Filipina.

“Dalam sidang media 18 Ogos yang lalu, Menteri Dalam Negeri mengatakan pembebasan tersebut dilakukan kerana 12 tahanan berkenaan telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.”

Berhubung hal itu, GMI menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri sebagai amat tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Bagaimana Menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri?” soalnya tegas.

Sungguh Ironinya kenyataan Menteri itu seolah-olah mengambarkan orang yang tidak bersalah tetapi telah insaf daripada kesalahan.

“12 tahanan itu merupakan kumpulan kedua dibebaskan pada bulan ini selepas kumpulan pertama seramai tiga orang tahanan dibebaskan pada 3 Ogos lepas.”

Sebelumnya, pada 3 Ogos lalu, kerajaan telah membebaskan tiga individu iaitu seorang warga tempatan dan dua warga asing, masing-masing warganegara Pakistan dan Sri Lanka.

“GMI menuntut supaya Menteri Dalam Negeri untuk segera membebaskan 30 lagi tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting, mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa di kem tahanan, mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan samada tahanan boleh dibebaskan atau tidak, dan menjelaskan apakah penyeksaan dalam tahanan juga merupakan proses pemulihan yang terpaksa dilalui tahanan,” tegasnya.

Pada 17 Ogos yang lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak.

Pembebasan 12 individu itu dibuat selepas kerajaan berpuas hati dan yakin kesemua mereka bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook