Anda di sini: Nasional > NOW bukan alat politik - Rafizi

NOW bukan alat politik - Rafizi

Share

KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang dilancarkan bukan dijadikan sebagai alat poltik untuk mengenakan Barisan Nasional (BN) atau mana-mana pihak.

“NOW merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan pemberi maklumat datang ke hadapan pada ketika keyakinan awam terhadap agensi-agensi kerajaan sangat rendah,” kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli.

Beliau menegaskan bahawa NOW bukan alat politik untuk mengenakan Barisan Nasional (BN) atau mana-mana pihak.

“Mereka (BN) tidak perlu risau kerana kami bukan sebuah badan pemantau dalam isu politik semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan NOW di pejabat parti itu di sini.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif NOW berkata, pusat itu akan menjadi “alternatif masyarakat" yang kurang mempercayai peranan pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Rakyat Malaysia telah ditakutkan dari tampil ke hadapan tetapi pendedahan maklumat harus menjadi budaya di Malaysia, dan itulah yang kita harap untuk wujudkan dengan penubuhan NOW,” katanya.

Berikutan itu beliau menjelaskan bahawa pusat itu menyediakan proses langkah demi langkah pendedahan maklumat, termasuk khidmat nasihat ditawarkan kepada pendedah maklumat mengenai risiko perundangan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan mereka, jika mereka bersetuju untuk teruskan proses berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan setiap pendedahan mesti disiasat dengan teliti, terutamanya daripada aspek kredibiliti pemberi maklumat kepada kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan, serta menggali jauh dengan lebih dalam tentang kes itu untuk memastikan terdapat bukti mencukupi sebelum apa-apa pemberitahuan umum dilakukan.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook