Jumaat, 19 Disember 2014

Kemaskini Terakhir12:26:51 AM EST

Anda di sini: Nasional > IKIM FM lancar program 'Keluarga Sakinah'

IKIM FM lancar program 'Keluarga Sakinah'

Share
a

KUALA LUMPUR - Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM FM melancarkan program "Keluarga Sakinah" yang bakal memberi kefahaman lebih mendalam mengenai institusi kekeluargaan kepada pendengarnya. Majlis pelancarannya diadakan di Bilik Theatrette IKIM dekat sini semalam.

aMajlis yang dihadiri sekitar 40 orang termasuk jemputan khas dan wakil media itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Antara penekanan yang diberikan oleh beliau ialah tentang latar belakang dan objektif program Keluarga Sakinah. Ucapan Pelancaran pula dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif, QSR Brands Bhd dan Johor Corporation (JCorp).

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh pelajar Taski Tunas Mukmin yang amat berbakat serta penyampaian sumbangan kepada beberapa orang ibu tunggal yang berjaya mendidik anak-anak hingga berjaya ke IPT atau kerjaya masing-masing. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Datuk Dr Sidek Baba.

Menurut penerbit program Keluarga Sakinah, Fairuz Haji Nordin, antara objektif program ini adalah:

1. Mewujudkan platform bagi masyarakat untuk memiliki kefahaman yang jelas tentang institusi keluarga
2. Mengetengahkan pandangan Islam mengenai amalan-amalan kekeluargaan yang mulia bagi memastikan institusi keluarga Muslim sejahtera dan stabil; dan
3. Memberi peluang kepada para pendengar mendapatkan jawapan kepada permasalahan keluarga mereka daripada tetamu yang berpengalaman.

Pogram yang akan ke udara di radio IKIM FM pada setiap hari Isnin mulai jam 5.15 hingga 6.00 petang ini ditaja oleh kumpulan syarikat QSR Brands Berhad dan KFC Holdings Malaysia Berhad yang merupakan pemilik rangkaian restoren KFC, Pizza Hut, Ayamas dan produk berkualiti Ayamas serta sos jenama Life.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook