Isnin, 28 Julai 2014

Kemaskini Terakhir10:29:12 PM EST

Anda di sini: Nasional > JIM hairan Jeff Ooi anggap Razali ekstremis

JIM hairan Jeff Ooi anggap Razali ekstremis

Share

zaid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Presiden Pertubuhan Jamaah Malaysia (JIM), Hj Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Ahli Parlimen Jelutong, YB Ooi Chuan Aun yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau. Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Sehenti (OSC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan. Mohd Razali, menurut Ooi merupakan ‘ekstremis agama’ kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun, Zaid menegaskan bahawa mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya, demikian menurut Zaid dalam satu kenyataan akhbarnya di sini.

jeffooiSebuah akhbar harian berbahasa Inggeris melaporkan Ooi (kiri) sebagai berkata, perlantikan Mohd Razali boleh dianggap sebagai ‘mengundang bahaya’ (dangerous precedent) disebabkan visi yang juga merupakan impian JIM itu.

Mengulas kenyataan tersebut, Zaid berasa hairan bagaimana perlantikan seorang Muslim yang baik boleh mengundang bahaya. Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua. JIM juga katanya akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi.

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook