Anda di sini: Nasional > Pemburuan “Adik-adikku” diteruskan

Pemburuan “Adik-adikku” diteruskan

Share

adik-adikku

KUALA LUMPUR – Sambutan luar biasa penonton terhadap program rancangan kanak-kanak "Adik-adikku" musim pertama dan kedua memberi perangsang kepada penganjur untuk meneruskan pula pencarian bakat musim ke-3.

Program bertujuan mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jakim dalam kenyataan berkata sesi uji bakat diadakan di enam lokasi awal iaitu di Kedah, Perlis, Langkawi, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur sertai telah disertai lebih 200 orang peserta.

Lokasi uji bakat akan diteruskan di sembilan tempat iaitu Kip Mart, Tampoi, Johor pada 11 Jun, Taman Rempah Pengkalan Rama, Melaka (11 Jun), RTM Miri, Sarawak (18 Jun), Wilayah Persekutuan Labuan (18 Jun), RTM Kota Kinabalu, Sabah (19 Jun), RTM Kuantan, Pahang (25 Jun), RTM Seremban, Negeri Sembilan (25 Jun), RTM Pulau Pinang (2 Julai) dan RTM Ipoh, Perak pada 2 Julai.

Penyertaan uji bakat yang dibuka kepada peserta berumur lapan hingga 12 tahun dan dinilai dari segi kepetahan berpidato, bertaranum, mengalunkan azan (bagi peserta lelaki), bernasyid serta pengetahuan am. Peserta uji bakat juga boleh melakukan kelainan dengan membuat persembahan tambahan seperti berzanji, marhaban, 'kalam jama'ie/coral speaking' dan bersajak.

Program "Adik-adikku" musim ketiga ini masih mengekalkan pendekatan musim pertama dan musim kedua iaitu berkonsepkan hiburan, pendidikan dan riadah dan ia mempunyai kelainan di mana peserta yang tersingkir akan mengikuti semua aktiviti sehingga tamat akademi selama sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi uji bakat orang ramai boleh melayari laman sesawang Jakim iaitu www.islam.gov.my/ujibakat-adik-adikku-musim-ke-3-2011.

(BERNAMA)

Comments  

 
0 #1 syahidaskub 2014-03-22 17:31
rancangan adik-adikku memang sangat best.....bila pula untuk tahun2014
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Jumpa kami di Facebook